20 Mac 2015
Khazanah lulus pencepatan pelantikan Christoph Mueller sebagai Pengarah Urusan dan CEO MAS
Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) telah meluluskan pencepatan pelantikan Christoph Mueller sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Airline System Berhad (“MAS”) lanjutan daripada permohonan yang telah dikemukakan oleh Lembaga Pengarah MAS menerusi surat bertarikh 20 Mac 2015.
Kelulusan tersebut turut merangkumi perubahan susulan yang berkaitan dengan syarat-syarat penstrukturan semula MAS, seperti yang telah dirangkakan oleh Khazanah sebelum ini.
TAMAT
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.khazanah.com.my atau hubungi Mohd Raslan Md Sharif di talian +603 2034 0000, atau melalui e-mel di [email protected].
Tentang Khazanah Nasional Berhad
Khazanah Nasional Berhad adalah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan untuk menguruskan aset-aset komersial milik Kerajaan dan melaksanakan pelaburan-pelaburan strategik. Khazanah terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah & pelancongan, hartanah kreatif & media, pendidikan dan inovasi & teknologi. Antara syarikat tersenarai utama di bawah portfolio pelaburan Khazanah adalah Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd.
Untuk maklumat lanjut mengenai Khazanah, sila layari www.khazanah.com.my.