Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

11 Disember 2017

Khazanah umumkan pelantikan Lembaga Pengarah dan Barisan Kepimpinan Kanan baharu

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) pada hari ini telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarahnya (“Lembaga”) ke-85 di Langkawi yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Mesyuarat tersebut merupakan sebahagian daripada pemukiman tahunan penghujung tahun Khazanah yang melibatkan Lembaga Pengarah yang dibarisi 12 orang anggota serta Pasukan Kepimpinan Kanan Khazanah yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Tan Sri Datuk Wira Azman Hj. Mokhtar.

Selain menilai prestasi masa lampau serta strategi dan bajet bagi tahun 2018 dan seterusnya, Lembaga Pengarah Khazanah pada mesyuarat tersebut turut memutuskan beberapa keputusan berkaitan pelantikan di peringkat Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan, sebagai sebahagian daripada proses perancangan dan penggantian yang berterusan. Sehubungan itu, Khazanah dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan berikut:

  1. Tan Sri Md Nor Yusof dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga (“EXCO”), berkuatkuasa 5 Disember 2017.

  2. Lanjutan daripada penyelarasan beberapa fungsi pengawasan modal insan di peringkat EXCO serta Jawatankuasa Lembaga bagi Pengurusan Penggantian menyaksikan pembentukan Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga (“BNRC”) yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Md Nor Yusof, secara serta merta.

  3. Pelantikan dua orang Timbalan Pengarah Urusan berkuatkuasa 1 Januari 2018, seperti berikut:

    • Ahmad Zulqarnain Onn kini merupakan Pengarah Eksekutif, Pelaburan yang bertanggungjawab atas pelaburan Khazanah di Indonesia, wilayah ASEAN dan sektor Kumpulan Institusi Kewangan. Beliau juga merupakan Ketua, Unit Pengurusan Strategik di Khazanah. Ahmad Zulqarnain, 45 tahun, menyertai Khazanah pada Mei 2014. Berkelulusan Sarjana Ekonomi dari Harvard University, Amerika Syarikat, Ahmad Zulqarnain pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Nasional Berhad dan sebelum itu memegang beberapa jawatan di UBS Warburg, Pengurusan Danaharta Berhad, Kumpulan CIMB, Symphony Group dan Bolton Berhad.

    • Tengku Dato’ Sri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz kini adalah Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan bertanggungjawab atas pelaburan Khazanah dalam sektor Inovasi dan Teknologi, Sains Hayat dan wilayah Afrika, serta menyelia pejabat Khazanah di San Francisco dan Khazanah Koridor Utara di Pulau Pinang. Tengku Dato’ Sri Azmil, 47 tahun, menyertai Khazanah pada Oktober 2011. Berkelulusan dalam bidang Ekonomi dari University of Cambridge, United Kingdom, Tengku Dato’ Sri Azmil yang juga merupakan seorang Akauntan Bertauliah pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Airline System Berhad (“MAS”), Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia Berhad dan sebelum iyu pernah berkhidmat dalam pelbagai peranan dengan PricewaterhouseCoopers di di London dan Hong Kong.

  4. Tan Sri Andrew Sheng, yang merupakan ahli Lembaga Pengarah Khazanah sejak Julai 2008 telah dilantik sebagai Pengerusi Khazanah Research Institute (“KRI”) berkuatkuasa 29 November 2017.

  5. Puan Yeo Kar Peng telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Khazanah, berkuatkuasa 5 Disember 2017. Puan Yeo kini merupakan Pengerusi/ Rakan Kongsi Urusan, Kendall Court Capital Partners dan adalah salah seorang pengasas syarikat tersebut. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Cenviro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah. Sebelum memulakan Kendall Court, beliau merupakan Pengarah Urusan di Citigroup Global Markets. Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Penyelidikan di UBS serta WI Carr.

Secara keseluruhannya, kesemua pelantikan baharu yang melibatkan Lembaga Khazanah, Pasukan Kepimpinan Kanan dan Lembaga Pemegang Amanah KRI menyokong usaha penginstitusian Khazanah yang berterusan, yang merupakan antara tumpuan utama Khazanah, dalam pada ia terus mengorak langkah ke hadapan untuk memenuhi mandatnya sebagai dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya