Media & Downloads
Press Releases

14 February 2007

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PELANTIKAN IRDA DAN SJIC

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju untuk melantik Yang Berbahagia Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, 54, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pihak Berkuasa WIlayah Pembangunan Iskandar (IRDA), di mana ianya akan dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman.

Abdullah juga melantik Yang Berbahagia Dato’ Azman Mokhtar sebagai Pengerusi Syarikat Permodalan Johor Selatan (SJIC), sementara Dr Iskandar Ismail, 47, sebagai Pengarah Urusan SJIC. Azman juga adalah Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad.

Ikmal Hijaz merupakan Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad, manakala Dr Iskandar ialah Pengarah Projek Khas kepada Khazanah Nasional Berhad yang sebelum ini ditugaskan kepada pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor korporat dan awam, berpengetahuan tinggi dalam pembangunan hartanah serta berpengetahuan luas mengenai negeri Johor.

IRDA adalah sebuah badan berkanun yang diberi tanggungjawab utama untuk membangunkan WPI menjadi sebuah wilayah metropolis bertaraf antarabangsa. Akta IRDA 2007 telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong pada 12 Februari lepas. IRDA akan mengadakan mesyuarat pertamanya di Johor Bahru pada 23 Februari 2007.

SJIC pula diberi peranan untuk menerajui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik dan projek-projek besar di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Di bawah Pelan Pembangunan Komprehensif WPI, sektor swasta akan menjadi penggerak utama pembangunannya, manakala Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat pula akan bertindak sebagai fasilitator. Dalam hubungan ini, SJIC akan menjalankan aktivitinya melalui beberapa Syarikat Tujuan Khusus (Special Purpose Vehicle) serta kerjasama dengan sektor swasta. Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Berhad (KPRJ) adalah pemegang saham bagi entiti baru ini.

Dengan terbentuknya IRDA dan SJIC, Perdana Menteri yakin bahawa kedua-dua organisasi berkenaan dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam membawa WPI menuju ke arah wilayah yang maju dan mantap.



Other Press Releases
21 March 2023

Khazanah records improved profit for 2022 amidst a...

Read more  

17 March 2023

Khazanah partners Sunway Education Group to develo...

Read more  

16 March 2023

Khazanah launches Future Malaysia Programme under ...

Read more  

25 February 2023

Statement by Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Mana...

Read more  

14 December 2022

Emerging artistic talents awarded with art residen...

Read more  

7 October 2022

Statement by Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Mana...

Read more  

24 August 2022

Galeri Khazanah to contribute towards Khazanah’s...

Read more  

6 July 2022

Khazanah’s Investments in Türkiye Underscore th...

Read more  

10 June 2022

Khazanah launches sustainability framework and tar...

Read more  

5 June 2022

Khazanah celebrates World Environment Day at Taman...

Read more