Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

4 November 2014

GLC mempersiap siaga untuk menamatkan program dan meneroka masa hadapan

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada mesyuarat Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC ke-27 (“PCG27”) pada hari ini menyeru semua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”) untuk meningkatkan usaha masing-masing ke arah menamatkan Program Transformasi GLC (“Program”) dengan ‘kepujian’ pada tahun depan, iaitu tahun kesepuluh dan penutup bagi Program ini.

Program yang telah dilancarkan secara rasminya pada bulan Julai 2005 ini bertujuan mengubah GLC menjadi entiti berprestasi tinggi, dengan sasaran untuk melahirkan beberapa jaguh serantau menjelang tahun 2015. Semasa mesyuarat tersebut, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa dengan wujudnya jaguh-jaguh atau syarikat-syarikat ikonik di kalangan GLC ini akan membantu ke arah peningkatan pendapatan negara kasar dan melonjakkan Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020.

GLC Mencatat Prestasi Ketara

Antara tempoh pengumuman Program pada 14 Mei 2004 hingga 31 Oktober 2014, permodalan pasaran G20 telah menokok tiga kali ganda kepada RM435 bilion daripada RM140 bilion, manakala Pulangan Pemegang Saham (“TSR”) berkembang 12.9% setiap tahun dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, keuntungan bersih G20 berkembang pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Berganda (“CAGR”) sebanyak 11.1% antara TK2004 hingga TK2013. Hasil daripada prestasi kewangan yang kukuh ini, G20 telah dapat menyumbang RM93 bilion dalam bentuk dividen dan RM57 bilion dalam bentuk cukai dari TK2004 hingga TK2013, yang telah memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, secara langsung dan tidak langsung.

Agenda Pemerkasaan Bumiputera serta Rangkaian Tindak Balas dan Bantuan Bencana GLC

GLIC dan G20 secara berterusan telah melaksanakan Indeks Prestasi Utama (“KPI”) bagi Agenda Pemerkasaan Bumiputera (“BEA”) masing-masing, yang mana pencapaiannya telah dilaporkan kepada YAB Perdana Menteri pada mesyuarat PCG27. Pelaksanaan BEA kekal sebagai inisiatif yang sangat penting bagi tujuan memprofesionalkan serta mengoperasikan Agenda Bumiputera yang lebih luas di negara ini, dalam kaedah yang mesra-pasaran, berasaskan merit serta telus, bagi menggalakkan keterangkuman dan kesaksamaan untuk kestabilan jangka panjang dan pertumbuhan negara. Secara keseluruhannya, GLIC dan G20 berada pada landasan yang betul untuk mencapai KPI yang ditetapkan bagi pelaksanaan inisiatif BEA masing-masing pada 2014.

Sementara itu, Rangkaian Tindak Balas dan Bantuan Bencana (“GDRRN”) telah dilancarkan pada PCG27. GDRRN diwujudkan bagi membolehkan G20 menyokong usaha Kerajaan membantu golongan mangsa yang terjejas akibat bencana alam dengan menyediakan perkhidmatan dan bekalan bantuan bencana dalam tempoh yang ditetapkan dan secara tersusun.

Melangkah ke hadapan

Untuk menandakan tamatnya Program, ‘Hari Terbuka GLC’ akan dianjurkan pada 2015 dengan tujuan untuk berkongsi dengan orang ramai tentang prestasi, pengalaman serta hasil yang dicapai sepanjang Program 10 tahun ini.

Semasa PCG27, GLIC dan G20 turut diminta untuk mengekalkan prestasi tinggi dan seterusnya menumpukan usaha ke arah mencapai Wawasan 2020 setelah tamatnya Program ini kelak.

Mesyuarat PCG27 telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Abdul Wahid Omar; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali bin Hamsa; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar bin Abdullah; barisan pegawai kanan Kementerian Kewangan, dan ketua-ketua GLIC serta Pengerusi dan CEO G20.

TAMAT

For further information, please contact Mohd Raslan Md Sharif at +603 2034 0000, or e-mail at [email protected].

Tentang Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (“PCG”)

Program Transformasi GLC (“Program GLCT”) telah diumumkan pada 14 Mei 2004 dan dilancarkan secara rasminya pada 29 Julai 2005. PCG telah ditubuhkan pada Januari 2005 sebagai jawatankuasa pemandu yang memacu usaha mentransformasi GLC menjadi organisasi berprestasi tinggi. PCG dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh wakil daripada Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pejabat Perdana Menteri serta ketua-ketua Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Khazanah

Nasional Berhad, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Lembaga Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad. Selaku urus setia PCG, Khazanah menguruskan pelaksanaan Program GLCT. Sekretariat kepada PCG, Pejabat Pengurusan Transformasi (“TMO”) telah diwujudkan di Khazanah dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus pelaksanaan Program GLCT.

Senarai terkini anggota G-20

  1. Affin Holdings Berhad

  2. Axiata Group Berhad

  3. BIMB Holdings Berhad

  4. Boustead Holdings Berhad

  5. Chemical Company of Malaysia Berhad

  6. CIMB Group Berhad

  7. Malayan Banking Berhad

  8. Malaysia Airports Holdings Berhad

  9. Malaysian Airline System Berhad

  10. Malaysian Building Society Berhad

  11. Malaysian Resources Corporation Berhad

  12. Sime Darby Berhad

  13. Telekom Malaysia Berhad

  14. Tenaga Nasional Berhad

  15. TH Plantations Berhad

  16. UEM Group Berhad

  17. UMW Holdings Berhad



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya