Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

10 Jun 2014

GLCs catat prestasi cemerlang dan pacu pertumbuhan terangkum

  • Permodalam pasaran G201 meningkat tiga kali ganda kepada RM425 bilion pada 16 Mei

  • 2014 daripada RM140 billion pada 14 Mei 2004

  • Jumlah Pulangan Pemegang Saham (“TSR”) meningkat 13.4% setahun dalam tempoh yang sama

  • Keuntungan bersih G20 meningkat pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (“CAGR”) 11.1% dari TK2004 hinggaTK2013

  • G20 membayar RM93 bilion dalam bentuk dividen dan RM57 bilion dalam bentuk cukai daripada TK2004 hingga TK2013, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat

  • G20 menyokong Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (“BEE”) melalui Petunjuk Prestasi Utama (“KPI”) Agenda Pemerkasaan Bumiputera dan beberapa inisiatif utama (game-changing initiatives atau “GCI”) yang dijangka akan mencipta pelbagai peluang yang dianggarkan bernilai RM5.0 bilion untuk golongan Bumiputera pada 2014

Setahun sebelum Program Transformasi GLC (“Program GLCT” ) melabuhkan tirainya, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”) yang terlibat dalam program yang berjangka masa 10 tahun tersebut terus berada di landasan yang betul untuk menamatkan program pada 2015 dan dijangka akan berdiri sama tinggi dengan syarikat-syarikat lain dalam negara dan seterusnya beberapa GLC dijangka bakal muncul sebagai jaguh serantau. Prestasi cemerlang GLC adalah penting bagi menyokong hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Sehingga kini, GLC telah merakamkan pelbagai pencapaian yang boleh dibanggakan, mengukuhkan kedudukan kewangan masing -masing dan menyumbang kepada ekonomi negara serta semua pihak berkepentingan. Menyedari kepentingan pertumbuhan dengan kepelbagaian, keterangkuman dan kemapanan, GLC akan tetap menyokong agenda ini dan bersedia untuk melipat gandakan usaha ke arah matlamat ini.

GLC Terus Merakam Prestasi Cemerlang

Program GLCT telah menghasilkan faedah dalam pelbagai bidang dan sekali gus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara amnya. G20 telah membayar RM93 bilion dalam bentuk dividen dari TK2004 hingga TK2013, sekali gus memberi manfaat kewangan kepada golongan pelabur serta orang ramai yang mencarum atau melabur dalam entiti seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad. G20 juga telah membayar RM57 bilion dalam cukai dari TK2004 hingga TK2013 yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat. Kemajuan yang dicapai oleh GLC juga dikongsi dengan semua pihak berkepentingan termasuk para pelanggan, tenaga kerja, pembekal dan anggota masyarakat secara amnya. G20 telah memberikan impak yang positif kepada pengguna melalui penghasilan produk dan penyediaan perkhidmatan yang berkualiti. Beberapa GLC turut memenangi anugerah di peringkat dalam dan luar negara. GLC juga telah memastikan bahawa tenaga kerja masing-masing membangun secara profesional. Ke arah mencapai matlamat ini, program PR1ME telah dilancarkan pada penghujung tahun lepas, iaitu program yang menyasarkan pembangunan kerjaya golongan bukan eksekutif. Program tersebut telah memanfaatkan 128,934 kakitangan bukan eksekutif dalam G20. Kira-kira RM4 bilion pula telah dibelanjakan oleh G20 untuk menjayakan inisiatif tanggungjawab korporat dari 2004 hingga 2013, yang rata-rata memberi manfaat kepada golongan yang memerlukannya.

Memanfaatkan Semua Pihak Berkepentingan

Maju ke hadapan dengan Kepelbagaian, Keterangkuman dan Kemapanan

GLC akan terus meningkatkan amalan kepelbagaian, keterangkuman dan kemapanan dalam organisasi masing-masing. Selaras itu, GLC akan meningkatkan kepelbagaian tenaga kerja masing-masing dari segi jantina, kaum dan umur. GLC kini juga bergerak ke arah mempraktikkan amalan yang lebih mapan berbanding amalan tanggungjawab korporat yang dilaksanakan masa kini bagi memastikan penciptaan nilai yang berpanjangan, dan seterusnya dijangka melaporkan amalan kemapanan masing-masing selari dengan amalan terbaik antarabangsa.

Keterangkuman adalah penting bagi memastikan rakyat dapat terus menikmati pelbagai manfaat yang dihasilkan sungguhpun Malaysia telah mencapai status negara berpendapatan tinggi. Oleh yang demikian, sedang negara berusaha membangunkan “ekonomi modal” (contohnya Pendapatan Negara Kasar), “ekonomi rakyat” juga haru dipelihara (contohnya pendapatan isi rumah, kos sara hidup, indeks kesejahteraan). Dalam konteks ini, YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (“BEE”) untuk memastikan majoriti rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada usaha negara untuk mencapai pertumbuhan. Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) dan G20 komited dalam matlamat penting ini melalui Indeks Prestasi Utama (“KPI”) Agenda Pemerkasaan Bumiputera (“ BEA”) masing-masing dan pelbagai inisiatif utama (game -changing initiatives atau “GCI”). Kesemua KPI BEA serta inisiatif GCI ini dijangka dapat mewujudkan pelbagai peluang yang bernilai kira-kira RM5.0 bilion pada 2014.

Melangkah Ke Hadapan

Ketika Program GLCT semakin hampir sampai ke penghujungnya, GLC harus melipat gandakan usaha untuk mencapai segala matlamat yang terkandung dalam program tersebut iaitu memastikan GLC setanding dengan syarikat-syarikat lain di Malaysia dan seterusnya beberapa GLC muncul sebagai jaguh serantau. Kini, pihak urusetia Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (“PCG”) sedang melaksanakan kajian keberkesanan pelaksanaan Program GLCT sehingga setakat ini dan akan mengemukakan cadangannya bagi masa depan.

Selepas 2015, GLC dijangka meningkatkan pembinaan nilai mereka melalui prestasi yang kukuh dan pelaksanaan mantap. Untuk menandakan tamatnya Program ini, GLC akan mempamerkan aktiviti dan pencapaian mereka melalui Hari Terbuka GLC pada tahun 2015 untuk melibatkan orang ramai dan juga melaporkan hasil akhir Program.

TAMAT

1. G20 merupakan himpunan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) utama terpilih yang dikuasai oleh Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang terlibat dalam Program Transformasi GLC dan digunakan sebagai proksi bagi prestasi GLC. Asalnya terdiri daripada 20 GLC, jumlah GLC kini berkurangan kepada 17 buah hasil daripada proses penggabungan, pemisahan, pelupusan dan beberapa inisiatif korporat yang lain.

2. Secara prinsipnya berdasarkan ramalan konsensus Bloomberg bagi TK2014 pada 19 Mei 2014

Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya