Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

29 November 2017

Penjelasan mengenai laporan berita berkaitan prestasi kewangan Khazanah

Kami merujuk kepada artikel bertajuk, “Khazanah feels the heat amid push to change its investment strategy” yang diterbitkan oleh The Straits Times Singapura pada 29 November 2017 yang seterusnya dipetik oleh beberapa laman media dan media sosial tempatan.

Kami ingin menjelaskan bahawa artikel tersebut memberikan gambaran yang tidak tepat dan mengelirukan mengenai prestasi kewangan Khazanah. Halsedemikian disebabkan artikel tersebut hanya menumpukan kepada beberapa petunjuk prestasi kewangan tertentu sahaja yang tidak memberikan gambaran menyeluruh tentang prestasi kewangan Khazanah.

Seperti yang telah dilaporkan secara meluas sebelum ini, ukuran yang paling menyeluruh bagi prestasi kewangan Khazanah adalah jumlah pulangan yangmengambil kira keseluruhan pulangan yang telah serta belum lagi direalisasikan, selain daripada pulangan dalam bentuk dividen. Dalam hal ini, jumlah pulangan Khazanah diwakili oleh pertumbuhan nilai portfolionya iaitu Nilai Bersih Dilaraskan atau NWA. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, nilai NWA portfolio meningkat 3.07 kali ganda atau 207% daripada RM33.3 bilion pada Mei 2004, iaitu permulaan usaha penyusunan semula Khazanah dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”), kepada RM102.1 bilion pada Disember 2016. Ini mewakili peningkatan tahunan terkumpul sebanyak 9.3% setiap tahun dalam tempoh 13 tahun kebelakang dan bukannya setakat 1% atau 2.6%, seperti yang didakwa dalam artikel tersebut.

Selain itu, jumlah Dana Pemegang Saham Khazanah yang telah diaudit meningkat kepada RM37.8 bilion setakat 31 Disember 2016 daripada RM13.2 bilionpada 31 Disember 2004, peningkatan berjumlah RM24.6 bilion dalam tempoh tersebut.

Kami turut ingin menjelaskan tentang beberapa perkara berkaitan portfolio serta mandat Khazanah sebagai dana pelaburan strategik yang relevan dalamhal ini;

  1. Kadar pulangan keseluruhan yang diwakili oleh pertumbuhan NWA adalah selari dengan penanda aras utama yang lain, khususnya FBM KLCI, yang telah mencatatkan pulangan pemegang saham 9.4% setiap tahun dalam tempoh yang sama

  2. Khazanah diamanahkan beberapa mandat utama termasuk untuk melabur bagi tujuan mendapatkan pulangan dalam bentuk pertumbuhan serta komersial – di dalam dan luar negara – selain melaksanakan pelbagai inisiatif berbentuk pembangunan dan nasional. Inisiatif nasional yang dimaksudkan termasuk pelaburan dalam wilayah pembangunan ekonomi, penambahbaikan dalam sektor pendidikan serta penstrukturan semula dan memangkin beberapa sektor ekonomi dan syarikat tempatan. Pulangan daripada pelbagai inisiatif ini pula berbeza-beza, daripada pulangan yang rendah dan juga negatif bagi aktiviti bersifat pembangunan sehinggalah pulangan yang tinggi bagi operasi komersial dan antarabangsa, yang secara puratanya mencatatkan pulangan NWA sebanyak 9.3% setiap tahun.

  3. Memandangkan mandat yang diberikan kepada Khazanah menyaksikannya tidak menerima sebarang suntikan modal secara berkala, serta keperluannya untuk melabur semula bagi tujuan pertumbuhan dan pembangunan, sejumlah besar hasil pulangan Khazanah disalurkan kepada aktiviti pelaburan semula dan bukannya kepada pembayaran dividen. Keperluan kepada strategi pelaburan yang seimbang bagi tujuan pertumbuhan, pembangunan dan dividen dilaksanakan setelah proses perbincangan dan kelulusan diperlehi daripada Lembaga Pengarah dan Kerajaan.

  4. Tidak seperti kebanyakkan dana negara berdaulat (SWF) yang menerima suntikan modal secara berkala, Khazanah perlu memastikan hasil pulangannya dicapai dengan menetapkan tahap risiko yang sesuai. Salah satu kayu ukur pengurusan risiko utama ialah Lindungan Aset (iaitu jumlah lindungan aset berbanding liabiliti), yang terletak pada kadar 2.9 kali ganda setakat 31 Disember 2016.

  5. Selain itu, perlu ditekankan bahawa Khazanah turut meneliti beberapa ukuran bukan kewangan termasuk petunjuk ekonomi, strategik dan sosial. Segala ukuran ini dilaporkan secara meluas dalam laporan tahunan kami dan boleh didapati di laman web kami (www.khazanah.com.my)

Kami berharap keterangan yang diberikan ini dapat menjelaskan kesimpulan yang telah dibuat oleh artikel berhubung prestasi kewangan dan bukan kewangan Khazanah yang dimaksudkan. Akhir sekali, berhubung pertukaran tampuk kepimpinan Khazanah seperti yang disebut dalam artikel tersebut, kami ingin mengulangi bahawa Khazanah mempunyai proses penggantian yang kukuh dan teratur yang selaras dengan amalan institusi yang baik.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya