Terma & Syarat Cabaran Impak Inovasi Khazanah (“KIIC”)

  1. Umum: Terma dan syarat ini, bersama dengan Dasar Privasi kami (secara kolektifnya “Perjanjian”) menetapkan terma dan syarat am penyertaan anda dalam Cabaran Impak Inovasi Khazanah (“KIIC”). Dengan menggunakan laman web ini dan menghantar permohonan anda, anda telah menerima Perjanjian ini dan Perjanjian ini akan membentuk perjanjian yang terikat secara sah di sisi undang-undang, di antara anda (“anda” atau “kepunyaan / berkaitan anda”) dan Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”, atau “kami”). Jika anda memasuki Perjanjian ini bagi pihak perniagaan atau entiti lain yang sah dari sisi undang-undang, anda menyatakan bahawa anda mempunyai kuasa untuk mengikat entiti tersebut melalui Perjanjian ini, dalam hal ini istilah “anda” atau “kepunyaan / berkaitan anda” akan merujuk kepada entiti tersebut.

    Jika anda tidak mempunyai kuasa sedemikian, atau jika anda tidak bersetuju dengan terma Perjanjian ini, anda tidak harus menggunakan laman web ini dan menerima Perjanjian ini; dan tidak boleh mengambil bahagian dalam KIIC. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda mesti menyemak Perjanjian dengan ibu/bapa atau penjaga anda sebelum menyertai KIIC untuk memastikan bahawa anda dan ibu/bapa atau penjaga anda memahami Perjanjian ini dan bersetuju dengan termanya. Jika anda merupakan ibu/bapa atau penjaga yang sah, dan anda membenarkan anak / jagaan anda untuk menyertai KIIC, maka terma dan syarat ini terpakai kepada anda dan anda bertanggungjawab ke atas aktiviti anak / jagaan anda di dalam KIIC. Anda akan memastikan dan menyatakan bahawa penyertaan anda di dalam KIIC adalah sah mengikut undang-undang yang terpakai dan Khazanah tidak boleh dipertanggungjawab untuk membuat sebarang representasi, nyata atau tersirat, tentang kesahihan penyertaan anda . Anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat Perjanjian.
  2. Dengan menghantar permohonan anda, anda dengan ini memberi jaminan bahawa semua maklumat yang dikemukakan oleh anda adalah benar, terkini dan lengkap, dan Khazanah berhak untuk membatalkan kelayakan anda jika anda memberikan sebarang data palsu. Anda juga dengan ini mengakui bahawa Khazanah dan rakan-rakan kongsinya dibenarkan untuk menggunakan mana-mana dan semua maklumat yang diserahkan atau dikongsi oleh anda untuk KIIC bagi kegunaan dalaman kami sendiri
  3. Harta Intelek: Kandungan yang digunakan di dalam KIIC, termasuk tanpa had merangkumi teks, karya seni, dokumen, teknologi grafik, foto, bunyi, video, ciri interaktif, perkhidmatan dan sebarang hasil keluaran (output) daripadanya yang terkandung di dalam laman web ini dan semua kandungan bahan bagi KIIC (secara kolektif, “Kandungan”) serta semua tanda dagangan, tanda perkhidmatan, grafik, logo dan tanda yang digunakan dalam KIIC (“Tanda”) dimiliki oleh Khazanah dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang telah dilantik oleh Khazanah untuk tujuan KIIC, jika berkenaan. Perjanjian ini tidak memindahkan kepada anda sebarang harta intelek yang dimiliki oleh Khazanah dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga tersebut, dan semua hak, hak milik dan kepentingan dalam dan terhadap Kandungan dan Tanda tersebut akan kekal sepenuhnya dengan Khazanah dan/atau pihak ketiga atau pembekal perkhidmatan, jika berkenaan. Tiada maklumat yang diterbitkan untuk KIIC oleh Khazanah atau rakan penganjurnya akan ditafsirkan sebagai pemberian lesen ke atas Kandungan dan/atau Tanda dan kebenaran bertulis nyata daripada Khazanah dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga perlu diperolehi jika anda berhasrat untuk nmenggunakan Kandungan atau Tanda. Penggunaan Kandungan dan Tanda tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali. Anda mengakui bahawa semua Kandungan dan Tanda adalah sama ada – berhak cipta atau bertanda dagangan sebagai karya kolektif di bawah undang-undang dan perjanjian harta intelek yang berkenaan.

    Anda memberi jaminan kepada Khazanah bahawa anda memiliki semua harta intelek yang terkandung di dalam permohonan anda untuk diserahkan kepada Khazanah bagi tujuan KIIC, dan sebarang penggunaan apa-apa maklumat dan idea dalam permohonan anda (sama ada digunakan oleh Khazanah atau anda) tidak akan melanggar sebarang hak harta intelek pihak ketiga atau hak undang-undang lain.

    Dalam hal ini, anda juga bersetuju untuk tidak:-
    1. menggunakan semua atau mana-mana bahagian Kandungan tanpa kebenaran bertulis atau persetujuan kami terlebih dahulu, termasuk untuk kegunaan komersial dan bukan persendirian;
    2. menggunakan dan membuat rujukan kepada Kandungan dan Tanda, termasuklah nama, logo, tanda dagangan atau sebarang harta intelek milik Khazanah; dan nama “Cabaran Impak Inovasi Khazanah” atau mana-mana derivasi yang serupa; dalam apa jua bahan tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu; dan
    3. menggunakan, mencipta karya terbitan, memindahkan (dengan jualan, jualan semula, lesen, sublesen, muat turun atau sebaliknya), menyalin, memuat naik, menyiarkan, menerbitkan, menyesuaikan, mengubah suai, simpanan tangkapan skrin, mengeluarkan semula, memaparkan, mendedahkan, menzahirkan atau mengedarkan Kandungan dalam apa cara sekalipun, tanpa kebenaran bertulis atau persetujuan kami terlebih dahulu.
  4. Kelayakan: Pertandingan ini terbuka kepada entiti perniagaan yang berpusat di Malaysia kecuali daripada entiti yang dimiliki atau diuruskan oleh kakitangan Khazanah dan rakan penganjurnya.
  5. Kelakuan Peserta KIIC: Menurut Perjanjian ini, anda bersetuju bahawa anda tidak akan:-
    1. menghuraikan sebarang kandungan dalam KIIC atau menyalin sebarang maklumat atau logo yang digunakan untuk tujuan meniru rupa dan identiti KIIC;
    2. menggunakan KIIC untuk menjalankan aktiviti penipuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang;
    3. menggunakan KIIC untuk mengumpul atau mendapatkan maklumat, termasuk tanpa had – maklumat tentang peserta lain;
    4. melibatkan diri di dalam sebarang aktiviti yang akan menyekat atau menghalang peserta lain daripada menyertai KIIC secara aman, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) melakukan sebarang tindakan yang akan mengganggu penganjuran KIIC;
    5. terlibat di dalam sebarang aktiviti yang tidak beretika atau mengganggu KIIC serta peserta KIIC yang lain, termasuk sebarang aktiviti yang mendera, mengancam atau mengganggu mana-mana peserta KIIC yang lain, seperti yang ditentukan oleh kami;
    6. mencari, menjejaki atau mengesan sebarang maklumat mengenai mana-mana peserta KIIC yang lain, atau mengeksploitasi KIIC di dalam apa-apa cara yang bertujuan untuk mendedahkan sebarang maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat peribadi peserta lain tanpa persetujuan mereka;
    7. menggunakan sebarang peranti, perisian atau rutin untuk mengganggu atau cuba untuk mengganggu KIIC atau mana-mana peserta KIIC yang lain; dan
    8. meminta mana-mana pihak ketiga untuk, mengingkari dan melanggar mana-mana dan semua undang-undang dan peraturan yang terpakai.
  6. Hak Khazanah: Khazanah berhak untuk:-
    1. menerima atau menolak permohonan anda mengikut syarat kelayakan KIIC;
    2. menerbitkan, menggunakan produk dan/atau nama perkhidmatan, tanda dagangan, logo, maklumat, video dan/atau gambar dalam bahan publisiti KIIC, yang merupakan milik anda atau wakil organisasi anda tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada anda.
    3. mengikut budi bicara mutlaknya, mengubah suai, menggantung atau memberhentikan KIIC, buat sementara atau selama-lamanya, atau boleh menarik balik penyertaan anda dalam KIIC atas sebarang sebab, dengan atau tanpa notis kepada anda dan tanpa liabiliti kepada anda atau mana-mana pihak ketiga; dan
    4. mendedahkan sebarang maklumat yang tentang anda yang ada dalam simpanan kami (termasuk identiti anda) jika kami menetapkan bahawa pendedahan tersebut adalah perlu bagi perkara yang berkaitan di dalam sebarang penyiasatan atau aduan mengenai KIIC, atau untuk mengenal pasti, menghubungi atau mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada, atau campur tangan dengan (sama ada secara sengaja atau tidak sengaja) hak atau harta Khazanah, atau hak peserta KIIC yang lain dan dalam hal ini, Khazanah berhak pada setiap masa untuk mendedahkan sebarang maklumat yang Khazanah anggap perlu untuk mematuhi mana-mana undang-undang yang terpakai, peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan dan apabila Khazanah menentukan bahawa undang-undang yang terpakai memerlukan atau membenarkan pendedahan tersebut, termasuk pertukaran maklumat dengan syarikat dan organisasi lain untuk tujuan perlindungan penipuan.
  7. Proses pentadbiran: Sekiranya anda berhasrat untuk menarik balik penyertaan anda di dalam KIIC, anda hendaklah memaklumkan Khazanah secara bertulis melalui e-mel di [email protected] dan dengan lebih awal sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja dan anda harus menghentikan serta-merta sebarang dan semua perwakilan penyertaan anda di dalam KIIC. Manakala, pemohon KIIC yang disenarai pendek dan/atau dianugerahkan geran pembangunan projek akan dihubungi melalui e-mel dan panggilan telefon untuk arahan selanjutnya.
  8. Hadiah/Anugerah: Peluang untuk penganugerahan geran pembangunan projek dan potensi pelaburan susulan oleh Khazanah dan rakan kongsinya untuk KIIC tidak boleh dipindah milik. Khazanah berhak untuk menggantikan atau mengubah tawaran tanpa memberi notis atau sebab. Keputusan untuk menawarkan geran pembangunan projek dan potensi pelaburan susulan oleh Khazanah dan rakan kongsinya adalah atas budi bicara Khazanah dan rakan kongsinya. Keputusan Khazanah dan rakan kongsinya berkenaan dengan semua perkara yang berkaitan dengan KIIC adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan.
  9. Tiada jaminan: Semua maklumat yang diberikan berhubung dengan KIIC oleh Khazanah atau rakan penganjurnya adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Khazanah menafikan sebarang dan semua liabiliti untuk perbuatan, peninggalan dan kelakuan mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan penyertaan anda di dalam KIIC. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk penyertaan anda di dalam KIIC. Penyelesaian tunggal anda terhadap Khazanah kerana tidak berpuas hati dengan KIIC atau sebarang kandungan ialah dengan berhenti menyertai KIIC.
  10. Liabiliti: Anda mengakui akan mengambil risiko anda sendiri atas penggunaan laman web ini dan penyertaan anda di dalam KIIC. Khazanah, entiti berkaitannya, rakan penganjur KIIC, pemegang saham, pengarah, pegawai, pekerja dan ejen (“Pihak Yang Dikecualikan”) tidak bertanggungjawab, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemudaratan yang disebabkan oleh KIIC kepada anda. Pihak Yang Dikecualikan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa jenis ganti rugi, termasuk tanpa had apa-apa kerugian langsung, khas, sampingan, tidak langsung, teladan, punitif atau berbangkit, termasuk kehilangan keuntungan, sama ada dinasihatkan atau tidak tentang kemungkinan kerosakan tersebut, dan mengenai sebarang teori liabiliti, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan anda di dalam KIIC. Anda juga mengakui bahawa Pihak Yang Dikecualikan tidak bertanggungjawab atas kelakuan memfitnah, menyinggung atau menyalahi undang-undang peserta KIIC yang lain atau pihak ketiga dan risiko kecederaan daripada perkara di atas terletak sepenuhnya pada anda.
  11. Indemniti: Anda bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan memastikan Pihak Yang Dikecualikan tidak mengalami mudarat daripada dan terhadap mana-mana dan semua tuntutan, ganti rugi, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran peguam yang berpatutan, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan anda di dalam KIIC. Walau apa pun ganti rugi yang diberikan oleh anda, Khazanah berhak untuk mengambil alih pembelaan dan kawalan eksklusif bagi apa-apa perkara yang tertakluk kepada ganti rugi oleh anda di bawah Perjanjian, dan dalam kes sedemikian, anda bersetuju untuk bekerjasama sepenuhnya seperti yang diperlukan secara munasabah dengan pembelaan tersebut dan dalam menegaskan sebarang pembelaan yang ada.
  12. Undang-undang, Bidang Kuasa dan Pertikaian: KIIC dan Perjanjian akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
  13. Pindaan dan Pengubahsuaian: Kami berhak untuk meminda dan mengubah suai Perjanjian ini, laman web atau mana-mana terma lain yang berkaitan dengan KIIC pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami, tanpa notis kepada anda. Versi Perjanjian yang dikemas kini akan berkuat kuasa serta-merta selepas penyiaran Perjanjian yang disemak, melainkan dinyatakan sebaliknya. Dengan meneruskan penyertaan anda di dalam KIIC selepas tarikh kuat kuasa Perjanjian yang disemak, akan membentuk persetujuan anda terhadap perubahan tersebut.
  14. Lain-lain perkara: Jika mana-mana bahagian dalam Perjanjian adalah tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang yang terpakai, bahagian tersebut akan menjadi tidak berkesan hanya setakat ketidaksahihan atau tidak boleh dikuatkuasakan, tanpa dalam apa-apa cara menjejaskan terma Perjanjian yang selebihnya. Tiada kegagalan atau kelewatan oleh Khazanah dalam melaksanakan sepenuhnya apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan akan menjadi penepian melainkan dinyatakan secara jelas oleh Khazanah secara bertulis, dan jika Khazanah memberikan penepian pada satu-satu masa, Khazanah berhak untuk menguatkuasakan sepenuhnya hak, kuasa dan keistimewaannya. pada masa hadapan. Tiada satu pun terma dalam Perjanjian boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana orang atau entiti yang bukan merupakan pihak kepada Perjanjian. Tajuk dalam Perjanjian ini adalah untuk kemudahan rujukan sahaja dan tidak akan mengehadkan atau sebaliknya menjejaskan maksud di sini.
  15. Hubungi kami: Jika anda mempunyai sebarang soalan, kemusykilan atau aduan mengenai Perjanjian ini, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di [email protected].
  16. Bahasa Utama: Versi bahasa Inggeris Perjanjian ini akan mengawal semua aspek dan akan diguna pakai sekiranya terdapat sebarang percanggahan dengan versi terjemahan, jika ada.