NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) akan memproses data peribadi berikut yang diberikan oleh anda dan/atau Malaysian Global Innovation & Creativity Centre dan/atau oleh pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh Khazanah:

  • Nama;
  • Maklumat perhubungan peribadi, perniagaan, dan kecemasan (termasuk alamat rumah, alamat e-mel, nombor telefon, jantina, status perkahwinan);
  • Tarikh lahir;
  • Tandatangan;
  • Maklumat akaun bank;
  • Nombor kad pengenalan atau passport (atau nombor pengenalan lain yang bersesuaian);
  • Kewarganegaraan dan tempat kelahiran; dan
  • Data peribadi lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk operasi perniagaan kami termasuk perancangan dan pengurusan.

Kami akan memproses data peribadi tersebut bagi tujuan-tujuan yang berikut (melainkan anda menyatakan selainnya):

  • Untuk memberikan anda maklumat yang diperlukan atau yang mungkin akan menarik minat anda, termasuk maklumat mengenai majlis berkaitan rangkaian sosial dan pemegang berkepentingan yang dianjurkan oleh Khazanah atau mana-mana syarikat pelaburan atau syarikat yang berkaitan.
  • Untuk melaksanakan tanggungjawab kami yang timbul daripada sebarang kontrak yang dibuat antara anda dan Khazanah atau syarikat berkaitan.
  • Untuk menilai kesesuaian anda untuk memberikan perkhidmatan yang bersesuaian kepada Khazanah atau mana-mana syarikat pelaburan atau syarikat berkaitan Khazanah.
  • Untuk mematuhi tanggungjawab kami dan sebarang permintaan yang diterima mengenai latar belakang dan pemeriksaan keselamatan.
  • Untuk menyediakan perlindungan insurans perubatan di mana ada pertalian dengan pekerja syarikat kami.
  • Menyediakan dan melaksanakan dokumen rasmi.
  • Memproses bayaran dan mematuhi obligasi perakaunan dan cukai kami.
  • Untuk tujuan pentadbiran.
  • Untuk tujuan komunikasi.
  • Untuk mematuhi tanggungjawab kami mengenai keselamatan dan akses dalam Khazanah atau syarikat berkaitan kami.
  • Untuk menyiasat aduan dan mengesyaki transaksi mencurigakan.
  • Untuk memastikan kandungan daripada laman web kami dipaparkan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer anda.
  • Untuk penyertaan dalam Khazanah Impact Innovation Challenge.

Kami memerlukan maklumat data peribadi anda. Sekiranya anda gagal untuk menyediakan semua maklumat data peribadi seperti yang diminta, kami tidak dapat menyimpan rekod yang lengkap mengenai anda, dan ini akan menjejaskan keupayaan kami untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.


Penzahiran maklumat anda

Khazanah mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (melainkan anda menyatakan selainnya)::

  • Ejen dan pembekal perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan menggunakan data peribadi yang dikumpulkan termasuk perkhidmatan pemprosesan data;
  • Mana-mana individu yang manjalankan tugas di bawah akujanji kerahsiaan yang telah memberi komitmen untuk memastikan data tersebut dirahsiakan; dan
  • Syarikat-syarikat bersekutu dan afiliasi yang berkaitan dengan Khazanah.

Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Khazanah tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau secara suci hati, jika tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang.


Akses, Pembetulan dan Aduan

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permohonan untuk mengakses atau membetulkan atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh melayari laman web kami atau menghubungi Pegawai Data Peribadi kami di 03-20340000 atau emel kepada [email protected] atau faks kepada 03-20340001.

Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia notis ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.