NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Privasi Anda

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah” atau “kami”) komited untuk melindungi privasi anda dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi anda. Dasar Perlindungan Data Peribadi (“Dasar”) ini menetapkan cara kami menggunakan dan melindungi maklumat yang anda berikan kepada kami.

Persetujuan Anda

Dengan memberikan kami maklumat peribadi anda, anda telah memberi kebenaran untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda.

Kategori Data Peribadi

Kami, atau penyedia perkhidmatan lantikan kami, boleh mengumpul dan memproses data peribadi yang anda diberikan termasuk data di dalam kategori berikut:

  • Nama;
  • Maklumat perhubungan peribadi, perniagaan, dan kecemasan (termasuk alamat pejabat, alamat e-mel, nombor telefon);
  • Tarikh lahir;
  • Tandatangan;
  • Maklumat akaun bank;
  • Nombor kad pengenalan atau passport (atau nombor pengenalan lain yang bersesuaian);
  • Kewarganegaraan dan tempat kelahiran;
  • Gambar/video peribadi; dan
  • Data peribadi lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk operasi perniagaan kami termasuk perancangan dan pengurusan.

Bagaimana Kami Akan Mengumpul Data Anda

Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi anda dalam pelbagai cara:

  • Kami mungkin memproses maklumat yang anda berikan dengan mengisi borang untuk kami (sama ada elektronik atau tidak).
  • Ini termasuk maklumat yang diberikan semasa menjawab sebarang permintaan untuk maklumat daripada kami.
  • Kami mungkin memproses maklumat yang anda berikan kepada kami termasuk sebagai sebahagian daripada perhubungan perniagaan atau kontrak.
  • Jika anda menghubungi kami, kami mungkin menyimpan rekod (lisan/bertulis) tersebut.
  • Kami mungkin memproses butiran lawatan anda ke laman sesawang kami termasuk, namun tidak terhad kepada, aliran data, maklumat lokasi, senarai pautan laman sesawang dan data komunikasi yang lain, serta sumber maklumat yang anda akses.
  • Kami juga mungkin mengumpul data daripada sumber lain (pihak ketiga) dan pangkalan data awam.

Tujuan Pemprosesan & Penggunaan Maklumat

Kami menggunakan maklumat yang disimpan tentang anda dengan cara berikut:

  • Untuk memberi anda sebarang maklumat yang anda mohon daripada kami atau yang mungkin menarik minat anda, termasuk maklumat mengenai rangkaian dan acara pihak berkepentingan yang dianjurkan oleh Khazanah atau mana-mana syarikat berkaitan pelaburan kami atau syarikat berkaitan.
  • Untuk melaksanakan kewajipan kami menerusi sebarang kontrak yang dibuat di antara anda dan Khazanah atau syarikat berkaitan kami.
  • Untuk mematuhi tanggungjawab kami dan sebarang permintaan yang diterima mengenai latar belakang dan pemeriksaan keselamatan.
  • Untuk menyediakan perlindungan insurans perubatan di mana ada pertalian dengan pekerja syarikat kami.
  • Untuk membantu penilaian kami terhadap model perniagaan entiti anda bagi memudahkan proses penyenaraian pendek kami untuk Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) dan kemungkinan penyediaan geran dan ekuiti dan/atau pembiayaan daripada rakan kongsi pembiayaan kami;
  • Menyediakan dan melaksanakan dokumen rasmi.
  • Memproses bayaran dan mematuhi obligasi perakaunan dan cukai kami.
  • Untuk tujuan pentadbiran.
  • Untuk tujuan komunikasi.
  • Untuk mematuhi tanggungjawab kami mengenai keselamatan dan akses dalam Khazanah atau syarikat berkaitan kami.
  • Untuk menyiasat aduan dan sebarang transaksi mencurigakan.
  • Untuk memastikan kandungan daripada laman web kami dipaparkan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan syarikat anda.
  • Untuk penyertaan dalam KIIC.

Kami memerlukan maklumat data peribadi anda. Sekiranya anda tidak menyediakan semua maklumat data peribadi seperti yang diminta, kami tidak dapat menyimpan rekod yang lengkap mengenai anda, dan ini akan menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Sila ambil maklum bahawa senarai tentang cara kami mungkin menggunakan data peribadi anda di atas adalah tidak lengkap.

Penzahiran maklumat anda

Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak berikut untuk tujuan yang dinyatakan di atas (termasuk pihak di luar negara):

  • Ejen dan pembekal perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan data peribadi dikumpul termasuk perkhidmatan pemprosesan data;
  • Mana-mana individu yang manjalankan tugas di bawah akujanji kerahsiaan yang telah memberi komitmen untuk memastikan data tersebut dirahsiakan; dan
  • Syarikat-syarikat bersekutu dan berkaitan dengan Khazanah.

Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Khazanah tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau dengan niat baik, jika tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang.

Akses, Pembetulan dan Aduan

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permohonan untuk mengakses, membetulkan atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman web kami atau menghubungi Pegawai Data Peribadi kami di 03-20340000 atau emel kepada [email protected] atau faks kepada 03-20340001.

Perubahan kepada Polisi Ini

Perubahan kepada Polisi Ini Khazanah boleh menyemak dan menukar Polisi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dari segi undang-undang, amalan perniagaan, proses atau struktur kami. Walaupun secara amnya tidak mungkin untuk memaklumkan anda tentang perubahan kepada Polisi ini, versi terkini Polisi ini akan tersedia di laman web kami. Polisi ini bukan kontrak, dan juga tidak mencadangkan sebarang kewajipan di pihak kami dengan pihak lain.

Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi notis ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.