Pendekatan Pelaburan

Selaras dengan tujuan kami, kami menerapkan perspektif jangka panjang untuk meberikan pulangan terlaras risiko yang mampan. Pendekatan pelaburan jangka panjang membolehkan kami mengharungi turun naik pasaran jangka pendek secara proaktif. Kami juga berusaha untuk memaksimumkan pulangan tanpa mengambil risiko yang tidak sepatutnya.

Kami berdisiplin dalam menilai portfolio kami secara berterusan dengan pemikiran pelabur termasuk dalam melaksanakan libat urus dengan syarikat pelaburan kami dengan baik bagi memastikan tumpuan dalam menghasilkan nilai kepada pemegang saham.

Khazanah mencapai mandat keseluruhannya melalui struktur pelaburan berikut:

Kami menyokong dan mempamerkan tingkah laku yang bertanggungjawab dan mampan menerusi pelaburan kami. Kami komited kepada Prinsip PBB untuk Pelaburan Bertanggungjawab (UNPRI) dan Kod Malaysia untuk pelabur Institusi, yang mempromosi integrasi garis panduan ESG dalam analisis pelaburan, proses pembuatan keputusan serta pemilikan aset.

Pelaburan kami dipandu dan sesuai dengan perkara berikut:

Penyata Polisi
Pelaburan

Polisi Pelaburan
Mampan

Jangkaan Pemegang Saham
dan Kepengurusan Pelaburan