Rangkuman

Bina Kerjaya Anda Bersama Kami

Sama ada anda seorang profesional berpengalaman atau siswazah muda yang inginkan pengalaman latihan industri, kami mencari individu yang berbakat dan bercita-cita tinggi untuk sertai pasukan kami. Jika anda berminat untuk meneroka peluang kerjaya di Khazanah, sila kemukakan resume anda kepada kami.

Menawarkan Peluang Untuk Laluan Kerjaya Yang Menguntungkan

Bakat para pekerja kami adalah faktor utama yang membolehkan kami memenuhi peranan kami sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Di Khazanah, anda akan menjadi sebahagian daripada pasukan petugas yang berdedikasi dan bermotivasi tinggi yang dipacu oleh nilai kerja berpasukan, saling menghormati, ketekunan, integriti dan profesionalisme.

Experienced Professionals icon

Profesional
Berpengalaman

Di Khazanah, anda akan kerja bersama golongan profesional terbaik yang memiliki
pelbagai pengalaman, pengetahuan dan budaya kerja cemerlang.

Graduate Trainee Programmes (KGTP) icon

Program Latihan Siswazah
Khazanah (KGTP)

Kami berhasrat untuk membangunkan barisan pelapis pemimpin masa depan menerusi program KGTP. Pelatih akan diuji
dalam persekitaran yang dinamik, kompetitif dan pantas serta didedahkan kepada pelbagai fungsi, sektor dan bidang. Pengalaman ini menjanjikan kerjaya yang cukup
mencabar dan menguntungkan.

Internship Programmes icon

Latihan
Industri

Latihan Industri kami menjadi buruan ramai individu yang cemerlang dan
memiliki dorongan tinggi yang mampu memikul tugasan yang mencabar dalam pelbagai fungsi perniagaan, sambil memupuk perkembangan diri.

Melahirkan Pemimpin Masa Hadapan

Internship Programmes icon

Selari dengan usaha kami untuk melahirkan pemimpin masa hadapan, Yayasan Khazanah, sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional menawarkan pelbagai program biasiswa. Melalui program biasiswa ini, pelajar yang terpilih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di Malaysia atau di seluruh dunia.

Bagi tujuan permohonan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai program biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Khazanah, sila layari https://www.yayasankhazanah.com.my