![]() |
BIASISWA MERDEKA |
![]() |
Pengenalan
Yayasan Khazanah, dengan kerjasama Oxford Centre for Islamic Studies menawarkan Biasiswa Merdeka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan ingin meneruskan pengajian peringkat pasca-ijazah di University of Oxford, mulai Oktober 2009.
Calon-calon yang berminat harus memiliki kelulusan akademik yang cemerlang, mampu mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dalam bidang pengajian yang ingin diikuti serta membuktikan bidang tersebut mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Biasiswa tersebut merangkumi yuran universiti dan kolej, elaun sara hidup dan tiket penerbangan pergi-balik serta boleh diperbaharui setiap tahun sepanjang tempoh pengajian.
Kelayakan
Calon-calon mestilah warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan mampu menjalankan penyelidikan secara bersendirian. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang berpotensi untuk memimpin serta mampu berkomunikasi dengan baik.
Biasiswa ini adalah bagi bidang-bidang pengajian berikut:
Permohonan untuk mengikuti bidang-bidang selain yang disebutkan di atas akan turut dipertimbangkan.
Cara Memohon
Pemohon haruslah menghantar borang permohonan dan dokumen-dokumen berikut:
Semua dukumen-dokumen permohonan mesti sampai ke Oxford Centre for Islamic Studies sebelum/ pada 12 Januari 2009
Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh didapati daripada Penolong Akademik, Oxford Centre for Islamic Studies melalui alamat surat-menyurat atau e-mel seperti di bawah:
The Academic Assistant,
Oxford Centre for Islamic Studies,
George Street
Oxford OX1 2 AR, UK
Tel: 44 1865 278730
Fax: 44 1865 248942