Pengurusan
Carta Organisasi
Tan Sri Dato' Azman bin Hj. Mokhtar – Pengarah Urusan
Tan Sri Dato' Azman bin Hj. Mokhtar dilantik sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional pada Jun 2004.
Di antara tahun 1994 hingga 1998, beliau adalah Pengarah dan Ketua Penyelidik bagi Union Bank of Switzerland di Malaysia. Di antara tahun 1998 hingga 2002, beliau merupakan Pengarah dan Ketua Penyelidik di Salomon Smith Barney di Malaysia. Dari 2002 hingga Mei 2004, beliau adalah Pengarah Urusan di BinaFikir Sdn. Bhd.
Tan Sri Dato' Azman Mokhtar memperoleh Sarjana Falsafah dengan kepujian dalam bidang Pengajian Pembangunan dari Darwin College, Cambridge University, United Kingdom sebagai sarjana Chevening. Beliau merupakan Felo bagi Association of Chartered Certified Accountants, United Kingdom dan pemegang carter untuk Chartered Financial Analyst. Beliau juga memiliki diploma lanjutan dalam Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Mohammad Zainal Shaari – Pengarah Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi
Mohammad Zainal Shaari dilantik sebagai Pengarah Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi Khazanah Nasional pada Februari 2006. Beliau menyertai Khazanah Nasional pada Oktober 2004 sebagai Pengarah di Pejabat Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Risiko. Mohammad Zainal adalah salah seorang felo bagi Institute of Chartered Accountants di England dan Wales serta felo bagi Association of Chartered Certified Accountants dan merupakan Rakan Kongsi di PricewaterhouseCoopers, Malaysia. Sebelum itu beliau merupakan Pengarah Eksekutif di BinaFikir. Mohammad Zainal bertanggungjawab terutamanya dalam operasi dan pengurusan dalaman Khazanah Nasional, termasuklah tugas khusus dalam pengurusan dan pemantauan pelaburan, pengurusan risiko dan pelbagai fungsi strategi di Pejabat Pengarah Urusan.
Ganen Sarvananthan Pengarah Eksekutif, Pelaburan
Ganen Sarvananthan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan di Khazanah Nasional pada Februari 2006. Ganen menyertai Khazanah Nasional pada Oktober 2004 sebagai Pengarah, Pelaburan. Beliau memperoleh LLB (Kepujian) dari University College London, United Kingdom, dan merupakan peguam bela dan ahli Lincoln's Inn, London. Sebelum menyertai Khazanah Nasional, beliau adalah Pengarah, Pasaran Modal Ekuiti di UBS Investment Bank, Hong Kong, yang sebelum itu berkhidmat di Jabatan Kewangan Korporat/Perbankan Pelaburan UBS di London dan Singapura. Ganen bertanggungjawab terutamanya dalam pemantauan pelaburan baru dan pemberhentian pelaburan di sektor dan geografi terpilih.
Ben Chan Pengarah Eksekutif, Pelaburan
Ben merupakan Akauntan Bertauliah dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (dengan cemerlang) dari University of New South Wales. Ben menyertai industri pelaburan sebaik sahaja beliau berkelayakan sebagai Akauntan Bertauliah. Di antara tahun 1992 hingga 1996, Ben membuat penyelidikan tentang pasaran China dan Hong Kong bersama dengan Cazenove & Co dan ING Barings di Hong Kong, yang ketika itu beliau adalah Ketua Penyelidikan di China. Beliau kembali ke Malaysia pada 1996 dan berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan dengan beberapa gedung pelaburan yang mencakupi pasaran Malaysia dan Singapura.
Ismael Fariz Ali Pengarah Eksekutif, Pelaburan
Ismael Fariz Ali telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan di Khazanah Nasional Bhd pada September 2007. Sebelum itu, beliau merupakan pengarah urusan sebuah syarikat modal teroka yang terlibat dalam industri berasaskan teknologi yang mana beliau juga merupakan pengasas bersama syarikat berkenaan pada tahun 2000. Dalam tempoh tujuh tahun menerajui syarikat tersebut, beliau terlibat dalam membangunkan beberapa dana teroka yang merangkumi dana teknologi di peringkat awal hingga ke peringat mezanin.
Sebelum itu, kita bertugas di sebuah bank pelaburan tempatan selama 16 tahun beliau telah didedahkan kepada pelbagai jurusan berkaitan perbankan daripada pembiayaan korporat, penswastaan, penggabungan dan pengambilalihan, khidmat nasihat dan penilaian pelaburan hinggalah kepada pembiayaan projek infrastruktur, penstrukturan semula dan khidmat nasihat strategi korporat. Beliau pernah menganggotai beberapa Lembaga Pengarah termasuk Celcom Bhd, ValueCap Sdn Bhd, Pharmaniaga Bhd dan RHB Bank Bhd. Beliau juga merupakan ahli Majlis Pembangunan Modal Teroka Malaysia (MVCDC).
Beliau berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dalam bidang Kewangan daripada University of Iowa dan Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran Perniagaan daripada Knox College, Illinois, di mana beliau turut bertugas sebagai pembantu pengajar dalam bidang Sains Komputer
Michael Jude Fernandez Pengarah Eksekutif, Pelaburan
Michael Jude Fernandez menyertai Khazanah Nasional sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan pada April 2008. Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah Nicholas Piramal India Ltd (NPIL), syarikat farmaseutikal kedua terbesar di India. DI NPIL beliau bertanggungjawab ke atas kumpulan perniagaan pembuatan terkhusus. Antara kejayaan beliau termasuk pengambilalihan dan penyatuan perniagaan di UK dan Kanada dengan jumlah jualan mencecah USD200 juta, membangunkan syarikat berkenaan dengan struktur matriks yang lebih berkesan, memperkenalkan struktur insentif berdasarkan kepada kerangka Tambah Nilai Ekonomi (EVA) yang baru serta memperkenalkan unit-unit perniagaan strategik. Beliau juga pernah bertugas sebagai perunding di McKinsey and Company selama 13 tahun. Semasa di syarikat tersebut, beliau terlibat dalam kumpulan kepimpinan yang mengkhusus kepada amalan farmaseutikal dan kesihatan di Asia/ Global serta memimpin beberapa polisi awam berprofil tinggi terpilih & urusan runcit di India/ Asia. Beliau memiliki Diploma Pasca Siswazah dalam bidang Pengurusan (MBA) daripada Indian Institute of Management, Calcutta pada 1993 dan Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam bidang Ekonomi daripada St Xaviers College, Calcutta University pada 1991.
Tunku Mahmood Fawzy bin Tunku Muhiyiddin Pengarah Eksekutif, Pelaburan
Fawzy Muhiyiddin dilantik sebagai Pengarah, Pelaburan Khazanah Nasional pada Mei 2007. Beliau memiliki Ijazah Sastera (Kepujian) dalam Kajian Perniagaan daripada Polytechnic of Central London, Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada Warwick University dan Diploma Pemasaran daripada Chartered Institute of Marketing. Beliau juga seorang ahli Institut Pengurusan Malaysian. Fawzy mempunyai hubungan alumni dengan Warwick Business School Alumni Association, dan London Business School Alumni Association di United Kingdom.
Fawzy memulakan kerjaya beliau sebagai juru analis tukaran asing dengan NCR UK Limited dan kemudian bertukar ke Svenska Handelsbanken di City of London sebagai juru analis risiko untuk meja SWAPS dan Derivatif. Beliau kemudian menyertai Shell Malaysia Trading Sdn Bhd pada 1990 dan berkecimpung terutamanya dalam perniagaan runcit. Fawzy ditukarkan ke Shell New Zealand Limited untuk tempoh 18 bulan pada 1991. Pada 1997, beliau menyertai sebuah syarikat pegangan pelaburan yang kecil, Wira Security Holdings Sdn Bhd sebagai pengarah eksekutif dan kemudian ke Tajo Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pada tahun 2000, Fawzy menyertai PricewaterhouseCoopers sebagai seorang Pengarah Eksekutif dan pada tahun 2002, menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Engen Limited, sebuah syarikat minyak berintegrasi di Afrika Selatan. Beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Bebas Energy Africa Limited (sehingga Januari 2004), dan kemudian sebagai seorang ahli lembaga Gabenor bagi South African Petroleum Industry Association (SAPIA). Fawzy meninggalkan Engen pada Jun 2005. Fawzy sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MMM Bhd semasa meletakkan jawatan pada Januari 2007.
Shahnaz Al-Sadat Abdul Mohsein – Pengarah Eksekutif
Shahnaz Al-Sadat Abdul Mohsein memperoleh Ijazah LLB (Kepujian) dari University of Nottingham, United Kingdom. Beliau juga adalah ahli MICPA. Beliau memulakan kerjayanya di Arthur Anderson di bahagian Audit, Kewangan Korporat dan Perunding Proses Risiko. Selepas itu, beliau menyertai MAS sebagai Pengurus Besar, Audit Dalaman dan juga ahli Jawatankuasa Pengurusan. Beliau menyertai Khazanah Nasional pada Ogos 2004 sebagai Pengarah, Ketua Pegawai Kewangan.
Pada 2007, beliau telah mengambil cuti sabatikal selama satu tahun untuk meneruskan pengajian dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan di IMD di Lausanne, Switzerland.
Nungsari Ahmad Radhi Pengarah Eksekutif, Penyelidikan dan Strategi Pelaburan
Nungsari Ahmad Radhi menyertai Khazanah sebagai Pengarah Eksekutif, Penyelidikan dan Strategi Pelaburan pada Februari 2007.
Beliau telah berkecimpung dalam bidang akademia selama sepuluh tahun sebelum meletakkan jawatan sebagai Dekan Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, beliau memenangi kerusi Parlimen pada 1995. Beliau juga ahli Lembaga Bank Pertanian Malaysia, Yayasan Pelajaran MARA dan Perpustakaan Negara selain daripada ahli perwakilan Parlimen Malaysia untuk beberapa organisasi antarabangsa. Nungsari bertugas di Sime Darby Berhad untuk tempoh yang agak singkat sebelum menyertai Khazanah dan merupakan Pengarah Bersekutu Innovation Associates sebelum itu. Bidang yang diminati beliau adalah organisasi industri, teori permainan gunaan dan ekonomi awam. Nungsari juga penyumbang rencana untuk The Edge dan buku terbaru yang disuntingnya bertajuk New Challenges Facing Poverty Eradication and Rural Development (2005), yang juga salah satu cabang yang beliau minati. Beliau seorang pemegang PhD daripada Krannert School of Management, Purdue University.
Abdullah Abdul Hamid – Pengarah Eksekutif, Pejabat Program Transformasi dan Projek Khas
Abdullah Abdul Hamid dilantik sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan di Khazanah Nasional pada Februari 2006. Dalam tempoh 27 tahun, Abdullah telah memegang beberapa jawatan kanan di sektor perkhidmatan kewangan dan perundingan pengurusan termasuklah sebagai Presiden/Ketua Pegawai Operasi di Malaysian Exchange for Securities Dealing and Automated Quotation Berhad, dan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama bagi syarikat perunding pengurusan dan perubahan, Turnaround Managers Inc. Abdullah juga pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan di United Engineers Malaysia, Permodalan Nasional Berhad, Ford Motor Company dan IBM. Abdullah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Wharton School of Business, University of Pennsylvania, serta Ijazah Sarjana Muda Teknologi dari Loughborough University of Technology, United Kingdom. Semasa berkhidmat di jabatan Pelaburan, Abdullah bertanggungjawab secara khusus mengetuai Pejabat Pengurusan Transformasi, dan juga bertindak sebagai Sekretariat Program Transformasi bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan.
Mohd Nadziruddin bin Mohd Basri Pengarah, Ketua Pegawai Kewangan
Mohd Nadziruddin menyertai Khazanah sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada Jun 2007.
Beliau memiliki Ijazah Ekonomi daripada London School of Economics dan merupakan seorang Felo Association of Chartered Certified Accountants. Beliau dahulu seorang Pengurus Kanan dengan Bahagian Jaminan dan Penasihat Perniagaan di Ernst & Young, di mana beliau dipinjamkan kepada Malaysia Airlines pada Julai 2001 bagi membantu pihak Pengurusan dengan penyusunan semula syarikat penerbangan tersebut. Nadziruddin kemudian menyertai syarikat tersebut sebagai kakitangan tetap pada April 2003 dan jawatan terakhir yang dipegangnya adalah Pengurus Besar Kanan Operasi Lapangan Terbang.