English

Maklumat tentang Forum Megatrends Khazanah

Forum Megatrends Khazanah merupakan sebahagian daripada Siri Merdeka Khazanah (KMS) yang telah dilancarkan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-50 pada 2007. Penganjuran KMS yang lepas telah menyaksikan kehadiran tiga tokoh Anugerah Nobel; Kofi Annan, Dr Muhammad Yunus dan Prof. Joseph E. Stiglitz; dan tiga syarahan terakhir disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Disember 2007, Carlos Ghosn (Presiden dan CEO Renault dan Nissan Motors) pada bulan Mac dan Prof. APJ Abdul Kalam pada bulan Ogos tahun ini.

Forum Megatrends Khazanah 2007 telah membariskan Sir Michael Barber (Mckinsey), Professor Ulrich Steger (IMD), Dr. Homi Kharas (Bank Dunia), Marwan Al-Khatib (Kumpulan Pelaburan Islam Dubai) dan Andrew Sheng (Penasihat Utama (Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China). Forum yang bakal dianjurkan untuk kali keempat ini akan terus menjadi platform bagi mengumpulkan pemimpin korporat, pembuat dasar, kumpulan pemikir, para pengamal daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat awam.

Forum pada tahun ini akan dianjurkan pada 20-21 Oktober 2008 di Hotel Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur. Tema forum kali ini adalah “Penganjakan Permukaan Bumi: Ancaman dan Peluang”

Penyertaan/kehadiran dalam Forum Megatrends Khazanah adalah melalui jemputan khas sahaja.