Strategi - Pengenalan
Mandat utama Khazanah Nasional sebagai syarikat pelaburan strategik termasuklah:
- Mewujudkan pertambahan nilai pelaburan
- Meningkatkan daya saing nasional
- Memupuk budaya kerja yang cekap
Semua ini perlu dicapai melalui empat strategi penting, iaitu:
- Pelaburan legasi: penyelarasan, penstrukturan, pemeliharaaan
- Transformasi GLC: Meningkatkan nilai strategik dan nilai pelaburan
- Pelaburan baru: Menerokai sektor baru, merentasi sempadan
- Pengurusan Modal Insan: Pengurusan kepimpinan yang aktif
Rangka perubahan dalam mandat Khazanah yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan Mei 2004 adalah selari dengan peranan Khazanah dalam meningkatkan daya saing negara. Tindakan ini selaras dengan tekanan liberalisasi dan globalisasi yang semakin meningkat.
Khazanah kini bertindak secara proaktif untuk menggerakkan perubahan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) menjadi entiti prestasi tinggi yang lebih bersedia menghadapi cabaran dunia yang lebih liberal. Program perubahan GLC adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk merangsang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan meningkatkan prestasi syarikat di bawah seliaannya.
Sehubungan itu, peranan Khazanah sebagai pelabur strategik adalah bertujuan meningkatkan nilai pemegang saham dan nilai strategik syarikat-syarikat di bawah seliaannya. Yang pertama dari segi pulangan kewangan, yang kedua pula pada amnya, dari segi peningkatan keupayaan. Ini mungkin memerlukan Khazanah – menanggung risiko yang lebih tinggi, menanggung risiko bagi pihak negara dalam sektor dan di kawasan geografi yang baru yang dianggap penting dalam usaha menembusi pasaran baru, mengaitkan peluang pelaburan dan memastikan negara berdaya saing untuk tempoh jangka panjang.