English

Khazanah Sepintas Lalu

Khazanah Nasional merupakan syarikat pemegangan pelaburan milik Kerajaan yang diberi kuasa sebagai pelabur strategik kerajaan di dalam industri dan pasaran baru. Sebagai pemegang amanah aset komersil negara, matlamat utama Khazanah adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan menjalankan pelaburan strategik bagi pihak kerajaan yang kemudiannya akan menyumbang kepada pembangunan negara.

Khazanah Nasional dipertanggungjawab membangunkan industri strategik terpilih di Malaysia serta menyokong perkembangannya dengan objektif memajukan kepentingan ekonomi jangka panjang negara.

Khazanah Nasional memiliki pelaburan dalam lebih 50 syarikat besar daripada pelbagai industri, baik di Malaysia mahu pun di luar negara.

Khazanah juga diamanahkan untuk menerajui pembentukan nilai pemegang saham, pemerolehan keefisienan dan mempertingkatkan penguasaan korporat bagi syarikat kawalan kerajaan yang juga dikenali sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan, atau GLC.

K-Perspectives

Aktiviti/Kegiatan Berkaitan

Khazanah Scholarship Awards Putrajaya Committee on GLC High Performance Iskandar Malaysia Khazanah Scholarship Awards Malaysian Directors Academy The GEMS Programme Yayasan AMIR Khazanah Megatrends Forum MYWorklife