Sejarah
Khazanah Nasional merupakan syarikat pemegangan pelaburan milik Kerajaan yang diamanahkan untuk menguruskan aset komersil milik Kerajaan dan menjalankan pelaburan strategik. Khazanah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1993 sebagai sebuah syarikat awam berhad dan mula beroperasi setahun kemudiannya.
Semua modal saham Khazanah Nasional dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, sebuah badan korporat yang diperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan (Perbadanan) 1957, kecuali satu saham yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Objektif utama Khazanah adalah:
- Untuk memegang dan menguruskan pelaburan yang diamanahkan kepadanya oleh Kerajaan Malaysia; dan
- Untuk menjalankan pelaburan baru dalam sektor dan geografi yang strategik demi kepentingan negara.
Khazanah mempunyai pegangan pelaburan di dalam lebih daripada 50 syarikat. Syarikat-syarikat ini terlibat dalam pelbagai sektor seperti:
- pembankan
- semikonduktor
- pengeluaran keluli
- pengurusan lapangan terbang
- pembuatan automatif
- penjanaan dan pengagihan elektrik
- penyiaran
- infrastruktur
- pemegangan pelaburan
- pembangunan dan pengurusan pelaburan
- hartanah
- elektronik
- telekomunikasi
- teknologi penyelidikan dan
modal usaha niaga - jagaan kesihatan
Rasional Logo
Logo ini dicipta menggunakan pelbagai imej bersesuaian yang menggambarkan fungsi dan penglibatan Khazanah. Garisan latar belakang tersebut berbentuk seperti Cembul (kotak barang kemas tradisional Melayu), manakala imej jam pasir melambangkan Khazanah Nasional sebagai pembendaharaan dana dan aset.