GRADUATE EMPLOYABILITY ENHANCEMENT PROGRAMME-GREEN Programme
Khazanah Nasional Berhad, merupakan sebuah syarikat pemegang pelaburan Kerajaan Malaysia. Selaras dengan misi and visinya, Khazanah komited untuk membangunkan modal insan negara bagi menjadikan negara Malaysia yang kompetitif secara global. Program GREEN – Program Peningkatan Keupayaan Pekerjaan Graduan – adalah sumbangan Khazanah sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab terhadap pembangunan modal insan.
Sebagai sebahagian dari projeck modal insan Khazanah, Program Iskandar Malaysia GREEN suatu usahasama dengan Lembaga Kemajuan Wilayah Iskandar (IRDA) direka khas sebagai satu model untuk usaha masa depan dalam melatih warga Malaysia bagi pekerjaan di koridor koridor pembangunan Malaysia. Program Iskandar Malaysia GREEN tertumpu dalam membekalkan latihan kepada pelatih pelatih dari Johor dan memberi mereka peluang untuk meningkatkan kemahiran serta membantu mereka mendapatkan pengalaman bekerja. Namun begitu, tiada pekerjaan akan ditawarkan setelah tamat latihan.
Syarat-syarat dan Kelayakan:
- Graduan warganegara Malaysia yang mempunyai Ijazah yang diiktiraf TETAPI masih menganggur.
- Pemohon mestilah berumur di bawah 27 tahun pada 31 Disember 2008.
- Pemohon yang memiliki ijazah sarjana dan ke atas tidak layak memohon.
- Pemohon hendaklah sanggup untuk menjalani latihan praktikal di mana-mana organisasi yang akan ditetapkan.
- Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu borang permohonan sahaja.
Tempoh Program:
Tempoh program yang ditawarkan adalah selama 12 bulan.
Latihan:
Peserta yang berjaya akan menjalani latihan formal dalam kelas selama 2 bulan dan latihan praktikal dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan selama 10 bulan.
Elaun Bulanan:
Peserta yang berjaya akan menerima elaun bulanan berjumlah RM1000.00
Tempat penginapan:
Tempat penginapan akan disediakan sepanjang latihan formal yang akan dikendalikan selama 2 bulan.
Cara Memohon:
Cara I:
- Klik di sini untuk muat turun borang permohonan
- Borang yang telah diisikan kemudiannya boleh dihantar secara pos ke alamat berikut:
‘Program Peningkatan Keupayaan Pekerjaan Graduan
- (GREEN)
Peti Surat 9110 ,
Pejabat Pos Kelana Jaya ,
46805 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Cara II:
Klik di sini untuk permohonan secara "online"
Tarikh Tutup:
Permohonan yang lengkap mesti diterima oleh pihak penganjur selewat-lewatnya
30hb September 2008
Perhatian:
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi. Sekiranya calon-calon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan anda adalah dianggap sebagai tidak berjaya. Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.