English

Soalan Lazim

Umum

Pelaburan

GLCs


Iskandar Malaysia (IM)


Program Pengubahan GLC (GLCT)


Akademi Pengarah Malaysia (MINDA)


Umum

Apakah peranan Khazanah Nasional?

Khazanah Nasional Bhd adalah syarikat pemegang pelaburan Kerajaan Malaysia yang diberi kuasa sebagai pelabur strategik Kerajaan. Sebagai pemegang amanah bagi aset kewangan negara, objektif utama Khazanah adalah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membuat pelaburan strategik bagi pihak kerajaan yang akan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

Siapakah pemilik Khazanah Nasional?

Semua ekuiti Khazanah Malaysia dimiliki oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan kecuali satu (1) saham yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Kementerian Kewangan Diperbadankan adalah milik Kementerian Kewangan. Pada dasarnya, Khazanah Nasional adalah entiti milik penuh Kerajaan Malaysia.

Bagaimanakah Khazanah Nasional diperbadankan dari segi undang-undang?

Khazanah Nasional diperbadankan pada 3 September 1993 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965.

Siapakah Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional?


Khazanah Nasional mempunyai sembilan orang ahli Lembaga Pengarah yang mewakili sektor awam dan swasta.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah.

Lembaga Pengarah ini menjalankan tanggungjawabnya dengan dibantu oleh Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Audit yang dilantik oleh Lembaga.

Pihak Pengurusan diketuai oleh Tan Sri Dato' Azman bin Hj Mokhtar yang bertindak sebagai Pengarah Urusan.

Pelaburan

Memandangkan Khazanah Nasional adalah syarikat pemegang pelaburan Kerajaan, bolehkah Khazanah Nasional melabur dalam perniagaan saya ?

Memandangkan mandat Khazanah Nasional adalah untuk menjadi daya penggerak dalam pelaburan di sektor strategik dan geografi terpilih di Malaysia, maka Khazanah Nasional perlu berperanan sebagai pelabur strategik yang aktif.

Sebagai sebuah syarikat pemegang saham yang aktif dan dinamik, Khazanah mempunyai matlamat untuk menguruskan portfolio pelaburan agar ia memenuhi potensi jangka panjangnya, dan pada masa yang sama membuat pelaburan baru yang dijangka akan memberikan pulangan. Oleh itu, sebarang pelaburan yang akan dipertimbangkan mestilah memenuhi objektif strategik kami. Khazanah mengalu-alukan pertanyaan berkaitan dengan peluang pelaburan melalui alamat emel kami.

Dalam sektor manakah Khazanah Nasional membuat pelaburan secara aktif?

Pada masa sekarang, pelaburan Khazanah tertumpu kepada industri kewangan, media dan komunikasi, utiliti, teknologi maklumat dan pengangkutan.

Apakah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Khazanah Nasional?

Sila semak bahagian Pelaburan untuk mendapatkan senarai tentang pelaburan yang dilakukan oleh Khazanah Nasional.

Khazanah Nasional mempunyai banyak syarikat di bawah kumpulannya. Bolehkah Khazanah Nasional membantu saya memperkenalkan produk atau perkhidmatan saya kepada syarikat-syarikat berkenaan?

Sebagai pemegang saham, Khazanah Nasional tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan syarikat penerima pelaburan. Sebarang pertanyaan atau cadangan berkaitan dengan pembekalan produk dan/atau perkhidmatan kepada syarikat ini hendaklah dikemukakan terus kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

GLCs

Apakah maksudnya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?

GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan kepentingannya dikawal secara langsung oleh Kerajaan Malaysia. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan atau kuasa Kerajaan (bukan sekadar peratus pemilikan) untuk melantik anggota Lembaga Pengarah, pengurusan atasan dan membuat keputusan utama terhadap GLC (contohnya, pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan serta pemberhentian pelaburan, dsb.), sama ada secara langsung atau melalui GLIC.

Apakah maksudnya Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)?

GLIC ditakrif sebagai syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan Persekutuan, yang memperuntuk sebahagian atau semua dananya kepada pelaburan GLC. Ditakrif mengikut pengaruh Kerajaan Persekutuan dalam; melantik/melulus anggota Lembaga dan pengurusan atasan, dan menetapkan supaya individu ini melapor terus kepada Kerajaan, selain Kerajaan menawarkan dana untuk operasi dan/atau menjamin modal (dan sedikit pendapatan) yang diletakkan oleh pemegang unit. Takrif ini meliputi tujuh GLIC: KWSP, Khazanah, KWAP, LTAT, LTH, MKD dan PNB.

Apakah syarikat yang dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan?

Kategori GLC terdiri daripada syarikat yang berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan agensi peringkat Negeri masing-masing. Ini termasuklah syarikat yang di bawah kawalan langsung Kerajaan sebagai agensinya, seperti Khazanah Nasional, Kementerian Kewangan Diperbadankan, KWAP dan Bank Negara Malaysia. Ini termasuk syarikat yang GLC sendiri mempunyai kawalan kepentingan, iaitu anak syarikat dan syarikat bersekutu GLC.

Iskandar Malaysia (IM)

Apakah wawasan dan teras tujuan IM?

Wawasan IM ialah “Bandar Gabungan Mampan Bertaraf Dunia Yang Dikenali Di Lapangan Antarabangsa”. Selaras dengan ini, objektif utamanya ialah ‘pembentukan bandar gabungan mampan yang mempertimbangkan keperluan pemegang berkepentingan langsung atau sebaliknya, dan yang mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat tanpa menjejaskan persekitaran dan ekologi tempatan’. Wawasan utama IM untuk menyediakan bandar gabungan yang sesuai didiami dan mampan akan sentiasa mengutamakan pembangunan yang setimbal dengan kualiti kehidupan yang diinginkan oleh warga IM semasa dan masa hadapan.

Fakta & Angka IM

  • IM meliputi saiz tanah seluas 221,634.1 ha.
  • IM dianggarkan akan menampung 1.35 juta orang atau 43% daripada bilangan penduduk Johor sebanyak 3.17 juta orang. Kira-kira 66% daripada penduduk ini berada dalam golongan bekerja. Satu pertiga dari penduduk di sini dianggarkan berumur di bawah 15 tahun.
  • KDNK – Jumlah KDNK IM ialah kira-kira AS$20 bilion pada 2005, 60% daripada jumlah KDNK Johor adalah sebanyak AS$33.4 bilion. KDNK per kapita semasa untuk IM ialah kira-kira AS$14,790 yang mana adalah lebih tinggi daripada KDNK per kapita Johor sebanyak AS$10,757, tetapi separuh daripada KDNK per kapita Singapura sebanyak AS$30,000.
  • Sektor Perkhidmatan dan Pengilangan merupakan dua tunggak utama ekonomi IM di mana sektor Perkhidmatan adalah paling menonjol dengan sumbangan kira-kira AS$10 bilion di dalam IM.
  • Dalam sektor Perkhidmatan, Dagangan Borong dan Runcit menyumbang 42.2%, Pelancongan dan Hospitaliti (16.8%), Profesional dan Perniagaan (14.6%), Pengangkutan dan Berkaitan (12.7%), Perubatan dan Pendidikan (6.7%) dan Kewangan (6.6%).
  • KDNK/Kapita dalam Pariti Kuasa Beli AS$9,265 pada 2005
  • Pertumbuhan KDNK 30 tahun di antara 7% dan 8%
  • 60% daripada KDNK Negeri Johor disumbangkan oleh Johor Selatan
  • Kadar pertumbuhan Johor adalah lebih tinggi daripada purata ekonomi terpelbagai kebangsaan Malaysia dengan penekanan terhadap pengilangan & perkhidmatan.
  • Kadar inflasi rendah (kurang daripada 3.5%)
  • Kadar pengangguran adalah kurang daripada 3% hingga 4 %
  • Jumlah penduduk wilayah adalah 800 juta

Dari manakah maklumat lanjut mengenai IM dapat diperoleh?

Sila kunjungi laman web IM di http://www.idr.com.my

Program Transformasi GLC

Apakah Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerjaan (GLC)?

Transformasi GLC kepada entiti berprestasi tinggi adalah amat penting untuk memastikan kemajuan Malaysia pada masa hadapan. Oleh demikian, Jawatankuasa Putrajaya untuk Prestasi Tinggi GLC ditubuhkan bagi memudahkan transformasi ini. Layari lamannya di http://www.pcg.gov.my

Mandat utamanya adalah untuk merancang dan melaksanakan dasar polisi kebangsaan dan garis panduan yang komprehensif bagi mengubah GLC kepada entiti berprestasi tinggi, serta mewujudkan rangka institusi untuk mengurus dan menyelia pelaksanaan dasar dan garis panduan ini.

Usaha peningkatan prestasi syarikat di bawah penyeliaan atau pengawasan Kerajaan boleh memberikan kesan penunjuk positif kepada sektor awam pada keseluruhannya. Pelaksanaan program sebegini dapat memajukan lagi trajektori semasa prestasi GLC, sekali gus meningkatkan kebolehan Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020. (Pentakrifan Wawasan 2020 – Malaysia harus digelar negara terbangun, dari segi ekonomi, politik, sosial dan budaya, progresif dan keprihatinan.)

Mengapakah Program Transformasi GLC begitu kritikal kepada pembangunan Malaysia?

GLC dan pemegang saham mengawal, GLIC (Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan), merupakan sebahagian struktur ekonomi negara yang amat penting. Kira-kira 5% daripada tenaga kerja kebangsaan berkhidmat untuk GLC dan hampir 36% dan 54% daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan ukur rujuk Indeks Komposit Kuala Lumpur disumbangkan oleh GLC. GLC masih merupakan pembekal utama negara bagi kemudahan awam strategik dan juga perkhidmatan, walaupun terdapat pemberhentian pelaburan dan penswastaan yang aktif. Di antara bidang yang diceburi GLC ialah tenaga, telekomunikasi, perkhidmatan pos, penerbangan, lapangan terbang, pengangkutan awam, air dan pembetungan, serta perbankan dan perkhidmatan kewangan.

Apakah prinsip utama Transformasi GLC?

Tiga prinsip utama Transformasi GLC adalah seperti berikut:

  1. Asas pembangunan kebangsaan – Program Transformasi GLC merupakan subset strategi pembangunan kebangsaan yang meliputi prinsip pertumbuhan dengan ekuiti, peningkatan menyeluruh faktor produktiviti, pembangunan modal insan dan pembangunan masyarakat Bumiputera.

  2. Tumpuan prestasi – rasional yang menyokong Program Transformasi GLC ialah pembentukan nilai ekonomi dan nilai pemegang saham melalui peningkatan prestasi GLC. Oleh itu, polisi panduan dasar dan inisiatif yang tertentu akan didorong oleh prinsipal melalui prestasi dan meritokrasi yang merupakan salah satu fokus pembangunan kebangsaan yang dinyatakan di atas.

  3. Pentadbiran, nilai pemegang saham dan pengurusan pemegang kepentingan – Program Transformasi GLC yang diterajui oleh pihak Kerajaan mengiktiraf hak dan penguasaan pemegang saham dan pemegang kepentingan yang lain. Oleh itu, dasar yang dilaksanakan bukanlah dalam bentuk syarat-syarat tegar, tetapi dalam bentuk garis panduan dasar yang harus dilaksanakan melalui Lembaga Pengarah GLC selaras dengan pentadbiran syarikat yang baik. GLC juga diperlukan memelihara kepentingan pihak berkepentingan yang lain, terutamanya kakitangan, pelanggan, pembekal dan pihak Kerajaan yang juga sebagai badan pengawal atur dan pembuat dasar.

Apakah kesan Program Transformasi GLC ini terhadap pemegang berkepentingan?

Dianggarkan bahawa dengan menggunakan suatu metodologi yang dapat menganggarkan potensi pembentukan nilai, dijangkakan bahawa GLC berprestasi tinggi berpotensi menyumbang permodalan pasaran di antara RM250 hingga RM350 bilion di dalam tempoh 5-7 tahun. Sebagai contoh, penambahbaikan amalan dan sistem pemerolehan sahaja dianggarkan dapat menghasilkan perolehan tahunan melebihi RM11 bilion untuk G-15 (15 GLC teratas). Selain daripada manfaat ekonomi dan kewangan kepada pemegang saham, GLC juga dapat memanfaatkan pihak berkepentingan dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan masa hadapan Malaysia. Contohnya:

  • Tahap perkhidmatan dan kualiti yang lebih tinggi untuk pelanggan;
  • Prospek pekerjaan yang lebih baik di dalam GLC yang dinamik;
  • Peningkatan ketelusan dengan menggunakan pembekal yang menawarkan nilai untuk Ringgit yang lebih baik, serta tahap kebocoran dan ketidakcekapan yang rendah;
  • Pembangunan berterusan masyarakat Bumiputera – dengan Bumiputera yang lebih mahir dan berdaya saing

Dari manakah penjelasan boleh diperoleh mengenai Program GLCT?

Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO), yang ditempatkan di dalam Urus setia PCG, merupakan pusat yang menyediakan maklumat dan bantuan berkenaan pelaksanaan program ini. TMO boleh dihubungi melalui:

Akademi Pengarah Malaysia (MINDA)

Apakah tujuan MINDA?

Salah satu teras utama dasar Program Transformasi GLC (“GLCT”) ialah keperluan meningkatkan taraf keberkesanan Lembaga GLC melalui pembelajaran. Keperluan ini telah mempengaruhi penubuhan Akademi Pengarah Malaysia (MINDA).

Matlamat MINDA adalah untuk mempertingkatkan prestasi Lembaga dengan memastikan pihak Pengarah GLC dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan daya pemikiran bertaraf antarabangsa agar dapat mencatatkan prestasi yang cemerlang sentiasa. Prestasi amat penting untuk menjadi Pengarah yang efektif. Ini termasuklah memahami batasan antara Lembaga dan pihak pengurusan, serta berkebolehan menyelesaikan masalah yang timbul antara Lembaga dan pihak pengurusan berkenaan isu strategik, pada masa yang sama, memaksimumkan penggunaan rangkaian kerja dan menguruskan pelbagai pihak berkepentingan dalam cara proaktif.

Bolehkah pengarah syarikat bukan GLC menyertai program MINDA?

Tumpuan awal MINDA ialah untuk membentuk dan mengatur Program Perdana khusus untuk Pengarah GLC. Apabila tujuan itu dicapai, MINDA akan mempertimbangkan perkembangan dan pengaturan program untuk Pengarah syarikat lain.

Sudahkan MINDA mengenal pasti rakan usaha samanya ?

Rakan usaha sama MINDA untuk Program Perdana adalah IMD - The International Institute for Management Development yang bertapak di Lausanne, Switzerland. IMD merupakan pembekal pendidikan eksekutif terkemuka serta yang kedua terbaik di dunia dan pertama di antara sekolah perniagaan Eropah dari segi kualiti programnya dalam penarafan yang dikeluarkan oleh Financial Times 2006. IMD juga menduduki tangga tertinggi untuk program MBA dalam penarafan Wall Street Journal 2005. MINDA juga sudah membuat perbincangan dengan institusi tempatan dan antarabangsa yang lain bagi mengenal pasti bidang yang boleh diceburi bersama.

Apakah langkah yang akan diambil oleh MINDA bagi mengukuhkan keupayaan dan kebolehan tempatan?

Ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara termasuk:

  • Usaha sama dengan institusi tempatan bagi mengaturkan Program Perdana MINDA yang bermatlamatkan kerjasama dan pemindahan pengetahuan;

  • Kerjasama dari segi pendidikan tempatan dan serantau serta perkembangan kajian kes bagi perkongsian pengetahuan dan pembangunan peribadi;

  • Pembentukan program tersuai bagi memenuhi keperluan pembangunan tempatan dan serantau; dan

  • Mengesyorkan “Pusat Kecemerlangan” di institusi tempatan bagi mengurangkan duplikasi, menggalakkan pengkhususan dan meningkatkan skalabiliti

Bukankah MINDA serupa dengan institusi pembelajaran eksekutif Malaysia yang lain?

Kumpulan sasaran MINDA adalah Pengarah GLC dan bukan pihak pengurusannya. Beberapa bidang yang ditawarkan dalam program yang disesuaikan khas untuk Pengarah-pengarah adalah prestasi dan kepimpinan, strategi dan pembangunan organisasi serta trend dan cabaran global daripada perspektif seorang Pengarah. MINDA juga ingin bekerjasama dengan institusi tempatan bagi mengoptimumkan program yang diatur di Malaysia dan pada masa yang sama, cuba mengelakkan duplikasi.