English

Strategi - Pendekatan

Peranan Khazanah sebagai pelabur strategik adalah bagi mendorong dan mewujudkan lebih nilai pemegang saham dan nilai strategik demi kepentingan negara.

Mandat baru yang diterima oleh Khazanah memerlukan pengurusan GLC dijalankan secara bijak dan professional. Perubahan dalam GLC memerlukan usaha yang selaras antara Khazanah dengan GLC. Sehubungan itu, terma yang jelas untuk bekerjamasama antara kedua-dua pihak telah ditetapkan.

Khazanah berusaha memastikan kepemimpinan yang stabil dan cekap dalam setiap GLC, pekerja yang didorong oleh strategi perniagaan yang boleh dilaksanakan dan kesungguhan untuk menerapkan nilai pencapaian tinggi di peringkat Lembaga Pengarah dan pengurusan. Khazanah akan memastikan sistem dan kawalan penting yang secukupnya digunakan, dan dengan yang demikian, membantu perkembangan struktur industri dengan mengoptimumkan suasana yang berdaya saing dan perundangan dan struktur industri yang sewajarnya.

Dengan adanya pelbagai langkah ini, Khazanah akan menguruskan GLC secara makro dan akan memantau prestasi GLC ini dari jauh serta memberi ruang kepada setiap GLC untuk menjalankan tugas terbaik dengan cara mereka sendiri.

5 TUNGGAK INTERAKSI KHAZANAH (RANGKA KERJA) YANG MELIBATKAN GLC
Khazanah Nasional sebagai Pengurus Makro yang Aktif, GLC sebagai Peneraju dalam Pengurusan Mikro dan Pelaksanaan
Kepimpinan
  • Memastikan tahap profesional, keupayaan, pengalaman dan kesesuaian
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Atasan
Strategi
  • Memacu strategi perniagaan yang berkualiti tinggi dan boleh dilaksanakan, melalui Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan
Sistem dan kawalan
  • Menetapkan sistem dan kawalan penting untuk menjamin pertumbuhan dan pertambahan nilai: contohnya Tadbir urus, Pengurusan Risiko, Pengurusan Prestasi, Pengurusan Kebolehan, Pemerolehan, Audit Dalaman, Hubungan Pelabur
struktur
Industri
  • Menggerakkan atau mempengaruhi bagaimana struktur industri berubah melalui suasana persaingan yang optimum dan perundangan sedia ada
  • Meningkatkan sinergi antara syarikat
membantu
dan
memberi kuasa
  • Jika semua yang di atas telah sedia, urusan secara mikro tidak dipraktikkan
  • Sentiasa memantau kemajuan
  • Memberikan kuasa kepada pihak pengurusan untuk menjalankan tugasnya